
30-Ogos-2010
Isnin
22:20
Kereta Produa Kembara [milik 'Alyaa']
'Alyaa', Pka, Syima, Dayah, Bella, dan Mai . . .
Tempat-tempat yang kami lawati:
1. Village View, Kajang
Dayah ditemani oleh Syima untuk membuat tempahan meja bagi Majlis Berbuka Puasa bersama2 Eksekutif2 setiap Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-38. Majlis tersebut akan diadakan pada hari Selasa, 31 Ogos 2010.
2. McD, Bandar Baru Bangi
Kami semua terlau teringin untuk makan 'ice-cream'. Sebab itu lah kami ke sana semata- mata untuk membelinya. Kami hanya 'Drive Thru' kerana tidak mahu membazir masa.
Menu yang kami 'order' adalah ;
- 1 Strawberry Sunday [Syima]
- 1 Chocolate Sunday [Bella]
- 2 Lime Sunday [Dayah & Mai]
- 2 Oreo McFlurry ['Alyaa' & Pka]
- 1 Kentang Goreng [kami semua]
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Alyaa' kerana belanja kami. Seketika kami menunggu makanan kami siap. Tiba2, kami ternampak percikan bunga api di Taman Tasik Cempaka, yang terletak bersebelahan McD. Di taman itu juga, terdapat sekumpulan manusia membuat upacara mengacau dodol beramai-ramai.
3. Restoran Al Fariz . . . (tak ingat namanya)
Pada awalnya kami semua ingin makan di restoran AmeerAli yang berhadapan dengan restoran ini. Akan tetapi pelayan di restoran Al Faris telah menarik perhatian Pka. Lalu kami pun terus duduk dan 'order' :
- 1 roti BOOM! ['Alyaa']
- 1 air TehO ais & roti Planta [Bella]
- 1 air suam & Ayam Tandori [Pka]
- 1 air Mila ais & roti Telur [Dayah]
- 2 roti Telur [Syima & Mai]
Kali ini, semua dibayar oleh sendirian berhad.
4. Kedai Serbaneka 7-Eleven [berhampiran dengan Restoran Al Faris]
Kami ke sana kerana Mai ingin mencari' cheese' untuk dimakan bersama Roti Gardinea Whole Grain. Bagi menu sahurnya. Akan tetapi, kedai tersebut tidak menjualnya. Maka
pulanglah Mai dengan hati yang hampa.
5. Universiti Kebangsaan Malaysia
Merupakan destinasi terakhir kami. Akhir kata Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-53 tahun.
Ulasan guru:
- karangan yang menarik
- terdapat penggunaan bahasa asing
- tiada masalah dalam penggunaan tatabahasa
- ayat yang digunakan boleh difahami.
No comments:
Post a Comment