Monday, August 30, 2010


30-Ogos-2010
Isnin
22:20
Kereta Produa Kembara [milik 'Alyaa']
'Alyaa', Pka, Syima, Dayah, Bella, dan Mai . . .


Tempat-tempat yang kami lawati:
1. Village View, Kajang
Dayah ditemani oleh Syima untuk membuat tempahan meja bagi Majlis Berbuka Puasa bersama2 Eksekutif2 setiap Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-38. Majlis tersebut akan diadakan pada hari Selasa, 31 Ogos 2010.


2. McD, Bandar Baru Bangi
Kami semua terlau teringin untuk makan 'ice-cream'. Sebab itu lah kami ke sana semata- mata untuk membelinya. Kami hanya 'Drive Thru' kerana tidak mahu membazir masa.
Menu yang kami 'order' adalah ;
- 1 Strawberry Sunday [Syima]
- 1 Chocolate Sunday [Bella]
- 2 Lime Sunday [Dayah & Mai]
- 2 Oreo McFlurry ['Alyaa' & Pka]
- 1 Kentang Goreng [kami semua]
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Alyaa' kerana belanja kami. Seketika kami menunggu makanan kami siap. Tiba2, kami ternampak percikan bunga api di Taman Tasik Cempaka, yang terletak bersebelahan McD. Di taman itu juga, terdapat sekumpulan manusia membuat upacara mengacau dodol beramai-ramai.


3. Restoran Al Fariz . . . (tak ingat namanya)
Pada awalnya kami semua ingin makan di restoran AmeerAli yang berhadapan dengan restoran ini. Akan tetapi pelayan di restoran Al Faris telah menarik perhatian Pka. Lalu kami pun terus duduk dan 'order' :
- 1 roti BOOM! ['Alyaa']
- 1 air TehO ais & roti Planta [Bella]
- 1 air suam & Ayam Tandori [Pka]
- 1 air Mila ais & roti Telur [Dayah]
- 2 roti Telur [Syima & Mai]
Kali ini, semua dibayar oleh sendirian berhad.


4. Kedai Serbaneka 7-Eleven [berhampiran dengan Restoran Al Faris]
Kami ke sana kerana Mai ingin mencari' cheese' untuk dimakan bersama Roti Gardinea Whole Grain. Bagi menu sahurnya. Akan tetapi, kedai tersebut tidak menjualnya. Maka
pulanglah Mai dengan hati yang hampa.


5. Universiti Kebangsaan Malaysia
Merupakan destinasi terakhir kami. Akhir kata Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-53 tahun.



Ulasan guru:
- karangan yang menarik
- terdapat penggunaan bahasa asing
- tiada masalah dalam penggunaan tatabahasa
- ayat yang digunakan boleh difahami.

Wednesday, August 11, 2010

WELCOME BACK


11hb Julai 2010 bersaman 1 Ramadhan
maka bermula lah Muslimin dan Muslimat
mengerjakan ibadah puasa
iaitu menahan
LAPAR
dan
DAHAGA
serta
TIDAK MELAKUKAN perkara2 yang MEMBATALKAN PUASA

dan ketika itu juga
kita perlu
menjaga pemakanan
berikut adalah..
TIPS makanan dalam bulan Ramadhan :-

1. berbuka dengan membaca doa
"Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu."

2. mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembah yang maghrib.

3. kurang pengambilan makan yang berlemak.

4. lebihkan sayur2an dan buah2an

5. kunyah makanan dengan perlahan-lahan

6. berhenti sebelum kenyang

7. lebihkan minum air

8. selepas tarrwaih, bleh menjamu 1-2 potong kuih, buah

9. bersahurlah dengan makanan yang tidak berminyak dan berlemak [nasi putih, oat/nestum, buah2an/kurma, roti/ban] Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.

selamat mencuba!!